Kata - kata Aluan Guru Besar
SK Bagan Batu Pahat

bismill.gif (4576 bytes)
Salamani.gif (27738 bytes)

 

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, berhasil juga laman web
sekolah Kebangsaan Bagan ini berada dalam pelayaran anda . Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru yang berusaha menyiapkan laman web sekolah ini.

Sepanjang saya berkhidmat di sekolah ini bermula pada tahun 1997 , saya lihat banyak perubahan dan perkembangan daripada pelbagai bidang samada daripada segi kurikulum, ko-kurikulum dan susana persekitaran di sini.Semuanya banyak diusahakan oleh guru-guru di sini yang tidak jemu meningkatkan prestasi sekolah ini. Dengan berhasilnya laman web ini , saya berharap mendapat maklumat, pesanan terkini daripada warga cyber di seluruh dunia melalui alamat kami :
jba0005@hotmail.com . Insya Allah kami akan mengemaskinikan laman kami dari
masa ke semasa dan berharap semakin ramai laman-laman yang baru di bina bagi
mencanggihkan era cyber ini.

Akhir kata , saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung dan terutamanya
kepada guru-guru yang membina laman sekolah ini serta para ilmuan cyber di PPD Batu Pahat.

Sekian dahulu. Terima Kasih.

 

Yang Benar

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

Menu Aluan GB Sejarah Piagam UPSR
Album Logo