TAJUK |
|
GAMBAR KENANGAN | ||
Sekolah Melayu Lelaki Bagan
BANGUNAN TIGA TINGKAT
|
Dalam tahun 1904, Orang Kaya Jaafar bersama-sama
Haji Musa Bin Hj. Sidek dan Hj. Ibrahim Madura telah mengesahkan pembinaan sebuah sekolah
Melayu yang menumpang di sebuah rumah wakaf di kawasan Mesjid Jamek Kg Bagan , Pt. Hj.
Ibrahim Sekolah tersebut telah dikenali dengan Sekolah Melayu Lelaki Bagan. Empat
tahun kemudian ( 1908 ) dengan wang yang diusahakan oleh orang-orang kampung terdirilah
sebuah bangunan sementara di hadapan rumah wakaf kawasan masjid. Orang Kaya seterusnya
telah berusaha untuk mendapatkan bantuan kerajaan bagi mendirikan bangunan sekolah yang
lebih sempurna. Akhirnya dalam tahun 1912 kerajaan mula membangunkan sebuah sekolah yang
diperbuat daripada dinding papan dan sebelah atasnya berjaring-jaring kayu beratapkan
nipah serta mempunyai satu pintu menghala sebelah depan. Ia didirikan di atas tapak
bangsal balai panjang. Beberapa tahun kemudian, dalam tahun 1927 sebuah sekolah yang lebih
sempurna didirikan di atas tapak yang sama. Bangunan ini mempunyai tiang batu sekerat,
beratapkan genting kecil dan di lepar oleh kipas-kipas kayu. Dalam tahun 1937, kerajaan telah siap membina sebuah lagi sekolah yang terletak kira-kira .4 km ke barat dari sekolah bangunan tahun 1927 itu. Kedudukannya di batu 5 ½ Jalanraya Batu Pahat.- Muar. Sekolah yang diperbuat daripada batu ini di beri nama Sekolah Lelaki Bagan Tinggi. Manakala sekolah yang awal diberi nama Sekolah Lelaki Bagan Rendah. Pemberian nama ini telah menimbulkan sedikit masalah. Pada tahun 1938 persetujuan telah diambil supaya Sekolah Lelaki Bagan Rendah di tukar namanya kepada Sekolah Melayu Lelaki Seri Beringin sempena sepohon Pokok Beringin yang tumbuh besar berhampiran dengan bangunan tersebut. Orang Kaya Jaafar juga percaya bahawa anak-anak perempuan patut diberi peluang yang sama untuk belajar di sekolah. Dengan itu beliau sekali lagi bersama-sama Hj. Musa mendirikan sebuah sekolah daripada kayu di antara tahun 1910 1920 di kampung Parit Hj. Ibrahim untuk tujuan ini. Bangunan ini kemudiannya dipindahkan ke satu kawasan berhampiran dengan Sekolah Lelaki Bagan Tinggi. Kerajaan pula pada tahun 1925 telah mendirikan sebuah bangunan yang sama dengan sekolah Lelaki Seri Beringin untuk Sekolah Melayu Perempuan Bagan . 25 tahun kemudian , pada 25 Mei 1950 , Penghulu Muhamad Noor bin Jaafar ( anak Orang Kaya Jaafar ) bersama-sama Tuan Haji Yusuf Bin Ali dengan kerjasama orang-orang kampung telah mendirikan sebuah lagi Sekolah Perempuan yang diberi nama Orang Kaya Jaafar Bin Sidek. Kedua-dua Sekolah Perempuan ini akhirnya disatukan dalam tahun 1963 dengan nama Sekolah Kebangsaan Perempuan Bagan. Pada ketika yang sama juga Sekolah Lelaki Bagan Tinggi di satukan dengan Sekolah Lelaki Seri Beringin menjadi Sekolah Kebangsaan Lelaki Bagan.. Satu perkembangan yang penting telah berlaku dalam tahun berikutnya apabila keempat-empat sekolah ini dicantumkan menjadi satu pentadbiran dengan diberi nama SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN pada 1 Januari 1964. Dalam tahun 1960 kerajaan telah membina sebuah bangunan tambahan dua bilik darjah di belakang SKB (1973) dan sebuah kantin telah dibina dalam tahun 1972. SKB pada masa penubuhannya meletakkan Bangunan Sekolah Lelaki Bagan Tinggi (1937) sebagai bangunan " A" dan Sekolah Lelaki Seri Beringin ( 1927) sebagai Bangunan " B" Sekolah Perempuan ( 1925 ) Bangunan "C" . Sekolah Seri Orang Kaya (1950) Bangunan "D" dan banguna Sekolah Tambahan (1960) sebagai Bangunan "E" . Satu majlis melelong Bangunan "D" telah diadakan pada 2 Mac, 1980, dibilik Perpustakaan SKB Majlis ini dianjurkan oleh PIBG, SKB. Pegawai daripada Pejabat Pelajaran Batu Pahat turut hadir. Peserta yang berjaya ialah EN. Md. Lazim Bin Hj. Sudin, PIS., BSI., AMN., dengan harga RM 1 100.75 sen. Hasil lelong ini wangnya dimasukkan ke dalam kira-kira SKB. ************************************************** Sejak
tahun 1969, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan telah beberapa kali membuat permohonan
kepada pihak atasan supaya kerajaan membuat bangunan tambahan di dalam kawasan bangunan A
sahaja bagi mengatasi segala kesulitan yang di alami. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bagan , Puan Hajah Hendon Bt. Hj. Abdullah, PLP.,PIS., BSI.,AMN.,telah menjalankan peranan untuk melaksanakan keputusan tersebut.Dengan melalui YB. Dato Hj. Radzuan Bin Hj. Salim DPMJ.,DSIJ., PID., AMN., ahli Dewan Undangan Negeri Peserai dan YB. Puan Hajah Sharifah Dorah Bt. Sayed Mohamad PIS., BSI.,AMN., ahli Parlimen Kawasan Semerah ( Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) , permohonan di buat terus kepada YB . Dato Musa Hitam Menteri Pelajaran Malaysia , merujuk surat : GBB/BP.257/1978 bertarikh 1 Jun 1978. Pada 4 November
1979 , Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan projek , membina bangunan gantian
tiga tingkatmengandungi 6 bilik buah darjah, pejabat, stor, Bilik guru, Bilik TV, Bilik
Perpustakaan, Bilik Sembahyang, Bekalan air ,api dan pagar.( Peruntukan : Pada hari Rabu 18 Febuari 1981 pemborong telah memulakan kerja kerja pembinaannya dan telah menyiapkan pada 30 Ogos 1982. Bangunan yang bernombor JKR. BP.1797 Kontrak No. PEO /J/201/81 telah diserahkan pada Guru Besar pada 1 September 1982. Oleh kerana banguna tiga tingkat telah pun siap, murid-murid darjah 1, 2 dan 3 daripada bangunan B telah pun di pindahkan ke SK Bagan A dan murid-murid darjah 4,5, dan 6 daripada bangunan A telah dipindahkan ke Bangunan baru tingkat bawah pada 12 September 1982. Pada 19
September 1982, pula murid-murid Darjah 1, 2, 3 ke tingkat bawah dan darjah 4, 5, dan 6 ke
tingkat atas menggunakan kerusi meja lama. Seterusnya pada 2 Januari 1983 bangunan
baru ini telah digunakan sepenuhnya . |
|